"Kenapa bisnes saya tak keluar di Google?" antara soalan pertama pemilik bisnes baru. Berita baiknya: kebanyakan caranya percuma.
1. Semak sama ada Google kenal website anda
Taip site:bisnesanda.com.my dalam Google. Kalau tiada apa-apa keluar, Google belum masukkan halaman anda. Daftar Google Search Console (percuma), tambah website anda dan hantar sitemap. Ini beritahu Google halaman anda wujud.
2. Beri setiap halaman tajuk yang jelas
Google baca tajuk dan penerangan setiap halaman. "Home" tidak beritahu apa-apa. "Servis Aircond di Shah Alam | Syarikat Anda" beritahu tepat apa yang anda buat dan di mana. Guna perkataan yang pelanggan akan taip.
3. Pastikan laju dan cantik di telefon
Kebanyakan orang cari guna telefon. Halaman yang lambat dibuka akan ditinggalkan, dan Google perasan. Uji website anda dengan speed test percuma kami.
4. Buat Google Business Profile percuma
Ini kotak dengan pin peta, waktu operasi dan ulasan yang keluar bila orang cari berdekatan. Ia percuma daripada Google, dan anda boleh buat sendiri di business.google.com. Sambungkan dengan website anda.
5. Sabar, dan sentiasa kemas kini
Halaman baharu boleh ambil masa beberapa hari hingga minggu untuk keluar. Halaman yang jawab soalan sebenar pelanggan, seperti harga, kawasan servis dan cara kerja, yang akan naik dari masa ke masa.
Tiada siapa boleh janji dengan jujur "page 1 dalam seminggu". Berhati-hati dengan sesiapa yang berjanji begitu.
Mahu website yang Google boleh baca?
Setiap website yang kami bina ada SEO asas: tajuk, penerangan, sitemap dan Search Console. Hantar website anda untuk sebut harga percuma.


