Popup notifikasi jualan sebenar untuk WooCommerce. Tunjuk popup kecil seperti "Someone in Shah Alam bought Office Chair, 2 hours ago" dari order sebenar yang sudah dibayar. Tiada jualan palsu, dan anda tentukan berapa banyak maklumat pembeli yang ditunjuk.
Percuma di WordPress.orgPerlukan WooCommerceWordPress 6.6+ · PHP 8.0+Free + Pro
wordpress.org/plugins/underpixel-sales-popup
01 / 05Gambaran
APA IA BUAT
Bukti sosial yang jujur, dari order anda sendiri
Hanya order sebenar yang dibayar
Hanya order Processing atau Completed ditunjuk. Tiada setting untuk reka order, dan tiada contoh bila tiada jualan.
Anda pilih apa yang ditunjuk
"Someone" secara default, atau separuh nama atau nama pertama. Bandar, negeri atau tiada lokasi. Nama keluarga, alamat, telefon, email dan harga tak pernah ditunjuk.
Pembeli boleh opt-out
Kotak tick di checkout biar pembeli simpan pembelian mereka daripada popup, di checkout klasik dan Block checkout.
CUBA SENDIRI · LIVE PREVIEW
Tukar settings, tengok popup berubah
Ini salinan settings Sales Popup yang berfungsi, pada page shop contoh dengan lima order contoh. Tiada apa-apa yang dihantar.
Live preview · tiada apa dihantarDEMO LIVE
Settings Sales Popup
WooCommerce → Sales Popup
Kedudukan
Nama ditunjuk
Lokasi ditunjuk
shopanda.com/shop
Kayu & ClayShop
Leather Lounge Chair
RM1,590
Ceramic Table Lamp
RM260
Clay Teapot
RM120
Demo sahaja, dengan order contoh. Di shop sebenar, Sales Popup hanya tunjuk order sebenar yang sudah dibayar (Processing atau Completed), tak pernah tunjuk order yang pembelinya untick kotak di checkout, dan tak tunjuk apa-apa bila tiada jualan terkini.
FREE VS PRO
Mula percuma, upgrade untuk lebih banyak data sebenar
Percuma
Di WordPress.org
RM0
WordPress 6.6+ · PHP 8.0+
Popup dari order sebenar yang dibayar: gambar, produk, lokasi, berapa lama dulu
Order dari 7 hari lepas
Bawah kiri atau bawah kanan, pilihan sorok di telefon
Nama: sorok, separuh nama atau nama pertama · Lokasi: bandar, negeri atau tiada
Kotak tick opt-out di checkout (klasik dan Block checkout)
Berfungsi dengan page cache, ikut font dan warna theme anda
Pro untuk 1 website. Harga dalam RM adalah anggaran; bayaran dalam US$.
PANDUAN SETUP
Cara setup.
LANGKAH 1
Install Sales Popup
Pastikan WooCommerce sudah di-install dan aktif.
Dalam WordPress, pergi ke Plugins → Add New dan cari Sales Popup. Atau upload fail zip di Plugins → Add New → Upload Plugin.
Klik Install Now, kemudian Activate.
Buka WooCommerce → Sales Popup dan jawab soalan pertama: "Do you sell to customers in Europe?" Jawapan ini tetapkan sama ada kotak di checkout mula dengan tick atau tanpa tick.
Sales Popup terus tunjuk popup sebaik sahaja diaktifkan, menggunakan order yang anda sudah ada. Jika anda jual kepada pelanggan di Eropah, set nama kepada Hidden dan jawab soalan pertama sebelum tinggalkan settings.
LANGKAH 2
Hidupkan popup
Buka tab Popup.
Popup: tick Show the sales popup on my shop.
Position:Bottom left atau Bottom right.
Phones: tick Hide the popup on phones jika popup tutup terlalu banyak ruang di skrin kecil.
Klik Save Changes. Preview di bawah tunjuk jualan sebenar anda yang terbaru, sama seperti pelawat nampak.
WooCommerce → Sales Popup → PopupLANGKAH 3
Tentukan berapa banyak maklumat pembeli ditunjuk
Buka tab Privacy.
Name shown:Hidden: "Someone" (default), separuh nama seperti Ai***, atau nama pertama.
Location shown:Town or city (default), negeri, atau tiada.
Checkout tick-box: pembeli nampak "Show my purchase in the store's recent sales popup". Pilih sama ada kotak ini mula dengan tick, atau Not ticked: the buyer chooses to be shown (opt-in, untuk shop yang jual ke Eropah).
WooCommerce → Sales Popup → Privacy
Hanya nama pertama yang pernah digunakan. Nama keluarga, alamat, poskod, telefon, email, harga dan kuantiti tak pernah ditunjuk.
LANGKAH 4
Apa pelanggan nampak
Popup kecil di sudut yang anda pilih, dengan gambar produk, nama produk sebagai link, lokasi dan berapa lama dulu. Di checkout, pembeli nampak kotak tick dan boleh simpan pembelian mereka daripada popup.
Page shop (theme Storefront)Checkout dengan kotak tick opt-out
Pelawat tak pernah nampak order mereka sendiri. Sales Popup ikut font dan warna theme anda dan berfungsi dengan page cache.
LANGKAH 5
Ciri Pro
Pilihan Pro ditunjuk dalam warna kelabu di tab Pro, supaya anda boleh tengok apa fungsinya. Pro tambah:
Counter line: "5 people bought this in the last 24 hours" di product page, ditunjuk bila ada sekurang-kurangnya 2 order sebenar.
Pages di mana popup keluar, dan Leave out ikut ID produk, category atau order.
Time window 1 hingga 90 hari, untuk shop yang jualannya lebih perlahan.
Design (warna, saiz, animasi) dan Your wording dalam apa-apa bahasa.
Laporan jualan, popup review sebenar dari review 4 dan 5 bintang, baris "Only 3 left" sebenar dan badge "Best seller this week".
WooCommerce → Sales Popup → Pro
Pro dari sekitar RM22/bulan atau RM169/tahunGet Pro
SOALAN LAZIM
Soalan biasa
Popup dengan jualan rekaan adalah dakwaan palsu kepada pelanggan anda, dan di banyak negara ia melanggar undang-undang pengguna. Sales Popup hanya tunjuk order yang sudah dibayar dari shop anda sendiri, jadi setiap popup adalah benar.
Hanya order dengan status Processing atau Completed. Order refunded, cancelled, failed, pending dan on-hold tak pernah keluar. Order sebelum anda install Sales Popup juga ditunjuk, jika sudah dibayar dan masih dalam tempoh masa.
Tiada apa-apa ditunjuk. Tiada kotak kosong, tiada contoh.
Kami cadangkan ya. Tambah satu ayat yang menyatakan shop anda tunjuk pembelian terkini (produk, bandar dan masa) dalam popup, dan pembeli boleh opt-out di checkout.
Boleh. Senarai popup dimuatkan selepas page, dalam satu request kecil yang di-cache di server selama 10 minit, jadi page yang di-cache masih tunjuk order terkini.
Email underpixel2015@gmail.com dengan alamat website anda dan screenshot. Kami balas dalam satu hari bekerja.