~/plugins/order-cart

Underpixel Order Cart

Senarai produk dan troli untuk WordPress yang hantar seluruh pesanan dalam satu mesej WhatsApp. Pelanggan tambah item, pilih pickup atau delivery, isi butiran dan tekan hantar. Anda terima satu mesej yang kemas. Tak perlu WooCommerce.

Percuma di WordPress.orgTak perlu WooCommerceWordPress 6.6+ · PHP 8.0+Sesuai dengan mana-mana tema
yourshop.com/order
Grid produk dengan tab kategori dan butang kuantiti
01 / 06Grid produk
APA IA BUAT

Senarai produk anda jadi borang pesanan

Satu mesej WhatsApp yang kemas

Item, kuantiti, jumlah, pickup atau delivery, nama, alamat, tarikh dan nota sampai sekali gus. Tak perlu tanya berulang kali untuk faham pesanan.

Tak perlu WooCommerce

Tambah produk dalam block editor dan letak dua block di mana-mana page. Sudah guna WooCommerce? Hidupkan WooCommerce mode.

Dibina untuk telefon

Bar pesanan yang melekat dan bottom sheet buat pesanan sentiasa satu tekan sahaja. Satu skrip kecil, tanpa jQuery, hanya di page yang guna block.

CUBA SENDIRI · LIVE PREVIEW

Isi troli, tengok mesejnya

Salinan bar pesanan yang berfungsi, pada page kedai kek contoh. Tambah produk, tukar settings, kemudian tekan hantar untuk tengok mesej WhatsApp. Tiada apa-apa yang dihantar.

Live preview · tiada apa dihantarDEMO LIVE

Settings Order Cart

Settings → Order Cart
Nama kedai
Simbol mata wang
yourshop.com/order

Custom Wedding Cake

price on request

Chocolate Bundt Cake

16.00

Chocolate Truffle Box · 16

13.00

Lemon Meringue Tart

22.00
WA
WhatsApp · demo

Tambah produk, kemudian tekan "Send order on WhatsApp".

Demo sahaja, dengan produk contoh. Tiada apa dihantar. Di website sebenar, troli dan butiran pelanggan kekal dalam browser pelanggan sampai mereka tekan butang, dan pesanan masuk terus ke WhatsApp anda.
PERCUMA DI WORDPRESS.ORG · PRO UNTUK LEBIH

Mula percuma. Naik Pro bila pesanan bertambah.

Borang pesanan

Tak perlu WooCommerce
Percuma
Di WordPress.org
  • Produk dengan gambar, penerangan ringkas, harga, habis stok, susunan dan kategori
  • Block grid produk dengan tab kategori tanpa reload page
  • Block panel pesanan: butang kuantiti, subtotal, Pickup atau Delivery
  • Medan nama, alamat, tarikh dan nota (pilihan)
  • Item "price on request", tidak dikira dalam jumlah
  • Simbol mata wang, kedudukan dan perpuluhan ikut anda
Muat turun percuma

WooCommerce mode

Jika WooCommerce aktif
Percuma
Di WordPress.org
  • "Order on WhatsApp" di product page, dengan variasi dan kuantiti yang dipilih
  • "Send cart on WhatsApp" di cart klasik dan Cart block
  • Butiran variasi, add-on, kupon dan jumlah setiap baris dalam mesej
  • WhatsApp only (mod katalog): sorok Add to cart, cart dan checkout
  • Block butang Order on WhatsApp untuk mana-mana page atau template produk
  • Checkout biasa tetap berfungsi; produk anda tidak diubah
Muat turun percuma
PRO

Pro

Untuk borang pesanan · semua dalam Percuma, ditambah
RM22/bulan
atau RM169/tahun · 1 website
  • Pilihan produk: saiz, perisa dan add-on dengan harga sendiri
  • Senarai pesanan dengan status, tapisan, CSV dan salinan email
  • Senarai persediaan: apa perlu dibuat setiap hari
  • Butiran bank dan QR dipaparkan selepas pesanan
  • Kod promo dengan belanja minimum dan tarikh luput
  • Waktu kedai, hari tutup dan pre-order
Get Pro
Pro menambah ciri pada borang pesanan, bukan mod WooCommerce. 1 website; bayaran dalam US$ (US$4.99/bulan atau US$39/tahun).
PANDUAN SETUP

Cara setup.

LANGKAH 1

Install Order Cart

  1. Dalam WordPress, pergi ke Plugins → Add New Plugin dan cari Underpixel Order Cart.
  2. Klik Install Now, kemudian Activate. WooCommerce tidak diperlukan.
LANGKAH 2

Masukkan nombor WhatsApp anda

Pergi ke Settings → Order Cart.

  • WhatsApp number: nombor sahaja, dengan kod negara dan tanpa tanda +, contohnya 60123456789.
  • Shop name: dipakai di baris pertama mesej.
  • Currency symbol: simbol, sebelum atau selepas amaun, dan perpuluhan.
  • Pick up or delivery dan Customer details: pilih medan yang ditanya dan yang wajib diisi.
Settings Order Cart dengan nombor WhatsApp, nama kedai, simbol mata wang, pickup atau delivery dan butiran pelanggan
Settings → Order Cart
LANGKAH 3

Tambah produk

Buka Order Cart → Add New di menu admin. Setiap produk diedit dalam block editor biasa.

  • Tajuk, gambar dan penerangan ringkas.
  • Harga, atau biar kosong untuk price on request. Produk ini masih boleh dipesan dan tidak dikira dalam jumlah.
  • Sold out, susunan dan kategori. Kategori jadi tab penapis di atas grid.
LANGKAH 4

Letak dua block di page

Di mana-mana page, tambah block Product grid dan block Order panel. Grid tunjuk produk dengan tab kategori; panel simpan pesanan, subtotal dan butang hantar.

Grid produk Order Cart dengan tab kategori, butang Order dan butang kuantiti
Block Product grid
Panel pesanan Order Cart dengan butang kuantiti, Delivery atau Pick up, nama, alamat, tarikh, nota dan subtotal
Block Order panel
Di telefon, bar pesanan yang melekat tunjuk bilangan item dan jumlah. View order buka panel pesanan sebagai bottom sheet. Order Cart ikut warna dan fon tema anda, dan paling cantik dengan tema percuma Uppixe.
LANGKAH 5

Edit mesej

Settings → Order Cart ada satu template mesej, dengan placeholder untuk kedai, item, jumlah, nama, cara, alamat, tarikh dan nota. Placeholder yang kosong akan buang barisnya sendiri. Contoh mesej sebenar:

Hi doce forno! I'd like to order:
• 2× Pistachio Rose Layer Cake (RM68.00)
• 1× Chocolate Truffle Box · 16 (RM13.00)
• 1× Custom Wedding Cake (price on request)

Total: RM81.00 (excl. items priced on request)
Delivery
Name: Aisyah
Address: 12 Jalan Harmoni, Petaling Jaya
Date: 2026-10-24
Note: Write "Happy Birthday Ana" on the cake, please.
Troli dan butiran pelanggan kekal dalam browser mereka. Tiada apa disimpan di server anda dan tiada cookie. Mesej hanya dihantar bila pelanggan tekan butang.
LANGKAH 6

WooCommerce mode (pilihan)

Jika WooCommerce aktif, Settings → Order Cart tunjuk dua lagi pilihan.

  • WooCommerce mode tambah Order on WhatsApp di bawah borang add to cart di product page, dan Send cart on WhatsApp di cart klasik dan Cart block. Variasi, kuantiti, butiran add-on dan kupon masuk dalam mesej.
  • WhatsApp only (mod katalog) sorok Add to cart, mini cart, cart dan checkout. Harga dan pilihan variasi kekal.
Product page WooCommerce dengan variasi Size dan butang Order on WhatsApp
Product page: Order on WhatsApp
Cart block WooCommerce dengan butang Send cart on WhatsApp di bawah Proceed to Checkout
Cart block: Send cart on WhatsApp
SOALAN LAZIM

Soalan biasa

Tak perlu. Order Cart ada senarai produk sendiri. Kalau anda sudah guna WooCommerce, hidupkan WooCommerce mode.
Nombor sahaja, dengan kod negara dan tanpa tanda +, contohnya 60123456789. Ruang dan sengkang dibuang secara automatik.
Tiada di website anda. Pesanan hanya ada dalam browser pelanggan sampai mereka hantar sebagai mesej WhatsApp. Anda terima terus di WhatsApp.
Boleh. Settings → Order Cart ada satu template yang boleh diedit. Placeholder yang kosong akan buang barisnya sendiri.
Ya. Butang WhatsApp ditambah di sebelah Add to cart dan Proceed to checkout; tiada apa dibuang. Hanya pilihan "WhatsApp only" yang sorok Add to cart, cart dan checkout.
Email underpixel2015@gmail.com dengan alamat website dan screenshot. Kami balas dalam satu hari bekerja.
underpixel start --project yours

Jom bina website anda.

Ceritakan tentang bisnes anda. Anda dapat sebut harga yang jelas sebelum kerja bermula.

Mulakan projek