~/plugins/quote-request

Underpixel Quote Request

Call for price dan minta quotation untuk WooCommerce. Sorok harga dan biar pelanggan minta quotation di WhatsApp, dengan nama produk dan link sudah siap ditulis dalam mesej.

Free di WordPress.orgPerlukan WooCommerceWordPress 6.6+ · PHP 8.0+Free + Pro
wordpress.org/plugins/underpixel-quote-request
Sorok harga dan terima permintaan quotation di WhatsApp
01 / 06Gambaran
APA IA BUAT

Tukar soalan "berapa harga?" jadi perbualan WhatsApp

Sorok harga

Tunjuk "Harga atas permintaan" atau teks anda sendiri, dan sorok Add to Cart.

Quotation WhatsApp sekali tekan

Button ini buka WhatsApp dengan ucapan anda, nama produk dan link sudah siap ditulis.

Tersorok dari Google juga

Bila harga disorok, ia juga dibuang dari data Google produk tersebut.

CUBA SENDIRI · LIVE PREVIEW

Tukar settings, tengok shop berubah

Ini salinan settings Quote Request yang berfungsi, dengan satu produk contoh. Tiada apa-apa yang dihantar.

Live preview · tiada apa dihantarDEMO LIVE

Settings Quote Request

WooCommerce → Quote Request
Teks ganti harga
Teks button
Ucapan WhatsApp
Perabot
Leather Lounge Chair
KC
Kayu & ClayWhatsApp · preview
Tekan button quotation untuk tengok mesej yang pelanggan hantar kepada anda.
Demo sahaja. Di shop sebenar, button ini buka WhatsApp dengan mesej ini siap untuk dihantar.
FREE VS PRO

Mula percuma, upgrade bila perlukan rules

Percuma

Di WordPress.org
RM0
WordPress 6.6+ · PHP 8.0+
  • Sorok harga semua produk
  • Teks anda sendiri ganti harga
  • Sorok Add to Cart
  • Button WhatsApp "Minta quotation"
  • Tunjuk atau sorok harga ikut produk
Download percuma
PRO

Pro

Semua dalam Free, ditambah
RM22/bulan
atau RM169/tahun · 1 website
  • Sorok ikut category, role, negara, julat harga atau stok
  • Senarai quotation: beberapa produk dalam satu mesej
  • Template mesej ({product}, {sku}, {qty}…)
  • Nombor WhatsApp ikut category atau produk
  • Warna, saiz, ikon dan kedudukan button
  • Borang email dan waktu operasi
Get Pro
Pro untuk 1 website. Harga dalam RM adalah anggaran; bayaran dalam US$.
PANDUAN SETUP

Cara setup.

LANGKAH 1

Install Quote Request

  1. Pastikan WooCommerce sudah di-install dan aktif.
  2. Dalam WordPress, pergi ke Plugins → Add New dan cari Quote Request. Atau upload fail zip di Plugins → Add New → Upload Plugin.
  3. Klik Install Now, kemudian Activate.
  4. Buka WooCommerce → Quote Request. Anda akan nampak notis sehingga nombor WhatsApp disimpan. Itu normal.
LANGKAH 2

Masukkan nombor WhatsApp anda

Buka tab WhatsApp.

  • WhatsApp number: nombor anda dengan kod negara, tanpa 0 di depan. Untuk Malaysia, 012-345 6789 jadi 60123456789. Ruang, sengkang dan tanda + akan dibuang bila anda save.
  • Greeting: baris pertama mesej yang pelanggan hantar, contohnya "Hi, saya nak quotation untuk:".
  • Klik Save Changes, kemudian Send test untuk tengok mesej dalam WhatsApp.
Tab WhatsApp Quote Request dengan nombor, ucapan dan button Send test
WooCommerce → Quote Request → WhatsApp
Tiada nombor, tiada button. Quote Request tak akan tunjuk button quotation yang tak ke mana-mana.
LANGKAH 3

Sorok harga

Buka tab General.

  • Hide prices on all products: tick untuk sorok semua harga. Setting ini off sehingga anda hidupkan.
  • Text instead of price: apa yang pelanggan nampak sebagai ganti, contohnya "Harga atas permintaan".
  • Hide Add to Cart: buang button cart pada produk yang harganya disorok, supaya pelanggan minta quotation.
Tab General Quote Request dengan pilihan sorok harga, teks ganti dan Add to Cart
WooCommerce → Quote Request → General

Tab Button tetapkan teks button dan di mana ia keluar: di product page, di shop grid, atau kedua-duanya.

LANGKAH 4

Apa pelanggan nampak

Harga diganti dengan teks anda, dan button Request quote keluar. Bila ditekan, WhatsApp terbuka dengan ucapan anda, nama produk dan link-nya sudah siap ditulis. Anda balas dalam WhatsApp macam biasa.

Product page dengan Price on request dan button Request quote
Product page (theme Storefront)
Shop grid dengan Price on request dan button Request quote pada setiap produk
Shop grid (theme Astra)
Berfungsi dengan Storefront, Astra, Kadence dan block theme seperti Twenty Twenty-Five. Bila harga disorok, Quote Request juga buang harga itu dari data Google produk (JSON-LD).
LANGKAH 5

Tunjuk atau sorok harga pada satu produk

Edit produk di Products. Dalam kotak Quote Request, pilih:

  • Don't hide price on this product: harga kekal kelihatan walaupun sorok harga dihidupkan untuk semua produk.
  • Always hide price on this product: harga disorok walaupun sorok harga dimatikan.
LANGKAH 6

Ciri Pro

Pilihan Pro ditunjuk dalam warna kelabu di tab Rules & quote list, supaya anda boleh tengok apa fungsinya. Pro tambah:

  • Sorok harga untuk category atau produk pilihan sahaja, atau ikut user role, negara, julat harga atau stok.
  • Senarai quotation: pelanggan kumpul beberapa produk dan hantar satu mesej WhatsApp.
  • Template mesej dengan tag seperti {product}, {sku}, {qty}.
  • Nombor WhatsApp berbeza ikut category atau produk, design button, borang email dan waktu operasi.
Tab Rules and quote list dengan pilihan Pro yang dimatikan
WooCommerce → Quote Request → Rules & quote list

Pro dari sekitar RM22/bulan atau RM169/tahunGet Pro

SOALAN LAZIM

Soalan biasa

Nombor WhatsApp belum disimpan. Masukkan di tab WhatsApp dan save.
Digit dengan kod negara dan tiada 0 selepasnya, 8 hingga 15 digit. Contoh Malaysia: 60123456789.
Ya. Quote Request buang harga dari structured data produk bila harga disorok. WooCommerce Store API masih boleh pulangkan harga, jadi hadkan akses API itu jika anda sorok harga daripada pesaing.
Setting Free (sorok pada semua produk) sama untuk semua orang dan selamat untuk cache. Rules Pro yang bergantung pada pelawat (role, login, negara, waktu operasi) perlukan product page dan shop page dikecualikan daripada full-page cache.
Tidak disimpan di website anda. Mesej ditulis dan dihantar dalam WhatsApp. Quote Request hanya simpan settings anda.
Email underpixel2015@gmail.com dengan alamat website anda dan screenshot. Kami balas dalam satu hari bekerja.
underpixel start --project yours

Jom bina website anda.

Ceritakan tentang bisnes anda. Anda dapat sebut harga yang jelas sebelum kerja bermula.

Mulakan projek