Website yang lambat kehilangan pelawat sebelum mereka baca satu perkataan pun. Di telefon dengan line 4G yang tidak stabil, ramai yang tutup selepas beberapa saat skrin kosong. Google juga semak kelajuan, jadi website lambat boleh jatuh dalam carian.
Mula-mula, uji dulu (percuma)
Masukkan alamat website anda dalam speed test percuma kami. Ia guna Google PageSpeed, semakan yang sama Google guna, dan tunjuk markah untuk telefon dan komputer. Tengok markah telefon dulu: di situlah kebanyakan pelanggan anda.
6 sebab yang biasa
- Gambar terlalu besar. Gambar terus dari telefon boleh jadi 5 MB. Untuk website, saiznya patut jauh lebih kecil.
- Terlalu banyak plugin. Setiap plugin WordPress tambah code sendiri. Sepuluh plugin untuk kerja kecil, lama-lama berat.
- Page builder yang berat. Builder drag-and-drop memudahkan edit tetapi muat banyak code tambahan di setiap halaman.
- Hosting lambat atau sesak. Pelan shared paling murah boleh jadi lambat bila server sibuk.
- Slider, video dan pop-up di bahagian atas, semua dimuat sebelum pelawat nampak apa-apa.
- Website lama yang tidak pernah dikemas kini, membawa code dan skrip lama yang tidak digunakan.
Baiki atau bina semula?
Kalau masalahnya beberapa gambar besar atau satu plugin berat, pembaikan kecil sudah cukup dan lebih murah. Kalau website dibina dengan page builder berat, penuh plugin, dan nampak lapuk, pembaikan cuma bantu sedikit. Ketika itu bina semula dengan code yang kemas biasanya lebih berbaloi: website baharu laju dari awal dan mudah diubah.
Tidak pasti yang mana satu? Hantar alamat website anda. Kami beritahu dengan jujur yang mana lebih murah untuk kes anda.
Mahu website lebih laju?
Hantar website anda. Kami semak dan balas dengan harga tetap untuk baiki, atau bina semula jika itu lebih murah.


